fb fb fb fb fb

JAIS: Tiada sijil halal, hotel dilarang iklan tawaran bufet Ramadan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan bahawa mana-mana hotel dan premis makanan yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dilarang mengiklankan tawaran bufet Ramadan.

Ini termasuk sebarang promosi makanan yang berkaitan dengan bulan Ramadan.

"Pengiklanan termasuk sebarang iklan melalui media bercetak, poster, kain rentang, papan iklan atau media sosial juga tertakluk kepada peraturan ini," menurut JAIS menerusi hantaran pada Sabtu.

Menurut JAIS, larangan itu berdasarkan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal).

Hukuman denda sehingga RM200,000 bagi kesalahan berkaitan perakuan halal dan boleh mencecah sehingga RM5 juta bagi kesalahan melibatkan takrif halal.

Orang ramai yang ingin membuat aduan berkaitan pelanggaran peraturan ini boleh menghubungi Hotline JAIS di 011-55820258 / 011-55820212 atau menerusi e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

GRACE AISYAH KEDAYAN