fb fb fb fb fb

JAIS anjur Wacana Hijrah 1446h/2024 dengan tema "Al Falah Pemacu Sarawak Ibu Pertiwiku"

FOTO RTM

KUCHING, 5 Ogos- Lebih 250 kakitangan awam dan swasta menghadiri Program Wacana Hijrah 1446h/2024 anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak, JAIS di Kuching hari ini.

Dengan tajuk "Al Falah Pemacu Sarawak Ibu Pertiwiku", wacana tersebut turut disertai Pengarah JAIS, Mual Suaud dan Pakar Rujuk Jabatam Mufti Sarawak, Datu Khalidi Ibrahim sebagai ahli panel.

Wacana lebih sejam tersebut antara lain membincangkan berkaitan konsep hijrah dalam membangunkan negeri berasaskan nilai Islam dengan bertunjangkan semangat Al-Falah iaitu kejayaan.

Ke arah itu, kedua dua panel bersetuju bahawa peristiwa hijrah memberi mesej dan pengajaran kepada generasi baharu untuk memainkan peranan dalam berdepan dengan cabaran masa kini bagi mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Turut ditekankan, masyarakat sejagat perlu meningkatkan ilmu agama dan akidah agar tidak tersesat dengan perkembangan teknologi yang kian menakluki dunia antaranya kecerdasan buatan, AI.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE