fb fb fb fb fb

Jaga kualiti udara, Malaysia guna petrol Euro 5, September 2025

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad/ Foto facebook NRES

SHAH ALAM, 13 November- Malaysia mengambil langkah penyelesaian jangka panjang dengan melaksanakan penggunaan petrol Euro 5 pada September 2025 untuk menjaga kualiti udara negara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pelaksanaan ini adalah selaras dengan Peraturan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Bahan Api Petrol dan Diesel) 2007.

"Dari semasa ke semasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) memang akan meningkatkan kualiti bahan api supaya dengan itu masalah pencemaran dan sebagainya akan dapat dikurangkan. Jadi kalau kita tahu standard enjin, satu bahan api, satu lagi enjin. Enjin-enjin yang baharu, jauh lebih bersih berbanding enjin-enjin yang lama.

"Mengambil kira keadaan dan kemampuan kita, kita mungkin hendak bergerak sama-sama serentak, itu ada cabaran kita. Tetapi, kita boleh memastikan kita tidak ketinggalan jauh dari aspek kualiti bahan api", katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Operasi Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan sempena Hari Ozon Sedunia di Lebuhraya Shah Alam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), Datuk Nor Yahati Awang.

ROSLINA BINTI DIN