fb fb fb fb fb

Jaga adab ketika ziarah Aidilfitri

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 April- Adab ketika meraikan perayaan perlu dijaga supaya keharmonian ziarah-menziarahi dapat dijaga.

Menurut Ketua Jabatan Latihan dan Perundangan, Akademi Pembangunan PKS Dan Keusahawanan Malaysia (Masmed) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Farhanah Abu Sujak, selain menjaga adab lisan, masa dan cara komunikasi juga perlu diberi perhatian.

"Bila pergi ke rumah tuan rumah.. Kalau boleh satu kita jaga masa, tak payah sampai berjam-jam sebab kita tahu mereka menerima ramai tetamu.

"Lepas itu kita jaga masa solat.. jangan datang betul-betul masa azan, itulah salah satu adab yang patut kita jaga, supaya kita tidak mengganggu tuan rumah," kata Farhanah ketika menjadi tetamu program terbitan RTM di sini.

Dalam pada itu, Profesor Madya Di Jabatan Pengurusan, Perancangan Dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Zuraidah Abdullah berkata salah satu adab itu adalah dengan mewujudkan isyarat mata ('eye contact') ketika berjabat tangan dengan tetamu semasa Aidilfitri ini.

"Contoh orang nak bersalaman, semasa COVID-19 kita dah belajarkan bila kita bersalaman.

"Kita nak salam…pandang lah muka, 'eye contact' kena ada. Ni tidak.. macam ni je.. pandang sana..itu adalah adab...tidak kiralah orang muda, orang tua, orang yang seusia kita," kata Zuraidah.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM