fb fb fb fb fb

Jaga adab di media sosial, jangan cemari kesucian bulan mulia

SEPANG, 26 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad bercadang mengadakan pertemuan ukhuwah bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dalam masa terdekat.

Ini susulan tularnya sebuah muzik video lebaran yang menimbulkan kontroversi dan ketidaksenangan masyarakat, apatah lagi dimuat naik ketika bulan Ramadan.

(Datuk Idris ditemui wartawan selepas menyampaikan amanat dan mengadakan diskusi ilmiah bersama Jawatankuasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

"Allah taala Dia minta kita syukur, syukurnya dengan cara kita ikut apa yang digariskan oleh Allah melalui Rasul kepada kita lebih lagi dalam suasana orang sedang memburu lailatul qadar 10 terakhir tiba-tiba dia membuat satu perkara yang agak mengganggu keharmonian dan ketenangan. Akhirnya, tidak mendatangkan apa-apa faedah pun. Sepatutnya kita penumpuan kita ialah pada 10 terakhir Ramadan tadi," kata Idris selepas menyampaikan amanat dan mengadakan diskusi ilmiah bersama Jawatankuasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, di sini.

Beliau terpanggil untuk mengulas isu tersebut kerana tidak mahu kesucian 10 malam terakhir Ramadan ini dicemar dengan perkara-perkara negatif.

Klip video tersebut menimbulkan perdebatan di media sosial apabila persembahan Aliff diiringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan
ajaran Islam.

Idris turut menasihati orang ramai agar menjaga adab ketika membuat hantaran-hantaran di media sosial dan meminta supaya video-video yang boleh mengganggu keharmonian serta menyentuh sensitiviti agama diturunkan.

Media Baharu