fb fb fb fb fb

Jadual perkhidmatan KTM komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit

Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Jadual kekerapan perkhidmatan bas dan tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral-Pelabuhan Klang dikurangkan 30 minit pada waktu puncak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata masing-masing bermula 17 Januari dan 20 Januari ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang 2 (KVDT2).

Selain itu ia juga akan menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan tersebut.

"Untuk arah Pelabuhan Klang ke KL Sentral, tren akan beroperasi pada kekerapan 30 minit pada waktu puncak pagi dan waktu lain akan digantikan dengan bas pada kekerapan 30 minit.

"Untuk arah KL Sentral ke Pelabuhan Klang, tren akan beroperasi pada kekerapan 30 minit pada waktu puncak petang dan waktu lain akan digantikan dengan bas pada kekerapan 30 minit,' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Perubahan Jadual Waktu KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral-Pelabuhan Klang di ibu negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI