fb fb fb fb fb

Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran gastropoda berbahaya di perairan Mersing

FOTO Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung

MERSING, 5 Julai- Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Johor menasihatkan orang ramai, untuk tidak melakukan aktiviti di perairan Mersing, pada ketika ini, kerana terdapat gastropoda iaitu sejenis hidupan laut berbahaya yang mampu mengguggat kesihatan.

Menerusi kenyataan DOF Johor, gastropoda dikenali sebagai petropoda itu, mula dikesan penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, pada 11 Jun lalu, di Kepulauan Mersing.

Petropoda mempunyai sengat yang boleh menyebabkan kesan kepada kulit, seperti keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik.

Kondisi tersebut disebabkan tindak balas hipersensitif pada kulit manusia, terhadap sengat moluska itu.

Orang ramai yang disengat petropoda, dinasihat untuk segera mendapatkan rawatan perubatan.

Petropoda berasal dari perairan tropika dan subtropika, dipercayai berhijrah ke perairan Malaysia atas faktor perubahan iklim, peningkatan suhu air dan 'air ballast' perkapalan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE