fb fb fb fb fb

Jabatan Penjara Malaysia terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dI India

(Jabatan Penjara Malaysia menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di India)

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Jabatan Penjara Malaysia menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sebagai pengiktirafan atas sumbangan dalam pembangunan mampan sektor kraf dan penglibatan sosial pada malam Anugerah Kraf Antarabangsa di New Delhi, semalam.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nordin Muhamad, yang hadir pada malam anugerah itu, berkata anugerah berkenaan adalah hasil usaha pegawai dan kakitangannya dalam melaksanakan program pemulihan dan kemahiran kepada banduan termasuk berkaitan kraf.

“Saya amat berterima kasih kepada juri kerana telah menilai hasil usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penjara dengan menobatkan anugerah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anugerah Kraf Antarabangsa itu dilancarkan sejak 2017 untuk memberi penghormatan kepada para sarjana, artis, pereka, individu, institusi, organisasi dan kerajaan dari seluruh dunia atas sumbangan cemerlang mereka kepada pembangunan kraf tangan yang mampan dan menyeluruh.

Ia dianjurkan oleh Craft Village, sebuah organisasi sosial berpangkalan di New Delhi yang berusaha ke arah melatih dan mempromosi kraf tangan serta merupakan ahli Majlis Kraf Dunia.

Semasa di India, Nordin turut mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah Penjara New Delh,i Sh. Sandeep Goel di pejabatnya dan sempat bertukar pandangan berhubung pelaksanaan pengurusan penjara di Malaysia dan India.

“Program dan aktiviti pemulihan yang dilaksanakan di sini (India) hampir sama dengan di (Malaysia) di mana banduan diberikan peluang untuk bekerja di luar bersama komuniti,” katanya.- BERNAMA

(Tangkap layar Facebook Jabatan Penjara Malaysia)

Media Baharu