fb fb fb fb fb

Jabatan Penjara Malaysia bantu bekas banduan peroleh pekerjaan

KOTA BHARU, 26 September- Jabatan Penjara Malaysia akan membantu kira-kira 60 peratus banduan yang sudah dibebaskan mendapatkan peluang pekerjaan bersesuaian dengan mereka.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia Komisioner Jeneral Datuk Nordin Muhamad berkata, setiap bulan hampir 10,000 banduan dibebaskan dari penjara.

"Pada masa ini kita mempunyai hampir 80,000 banduan dan kita membebaskan hampir 10,000 banduan setiap bulan.

"Kita menyasarkan 60 peratus banduan yang dibebaskan akan dibantu dalam bidang pekerjaan bawah program 'Reintegrasi' dan 'Resettlement' selain kemudahan penginapan bersesuaian kepada mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Program My Pride Fest Peringkat Zon Timur di Mydin Mall Tunjong di sini.

Program tersebut diwujudkan bagi memberi peluang kedua kepada bekas banduan dan kerjasama daripada masyarakat membolehkan program tersebut dapat dilaksanakan.

Nordin berkata, pelaksanaan MyPride Fest adalah untuk memperkenalkan produk hasil tangan penghuni penjara supaya orang ramai boleh mendapatkan barangan berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

(Produk hasil tangan penghuni penjara)

Media Baharu