fb fb fb fb fb

"Itu klip video kemalangan tahun 2019" - Polis Perak

MANJUNG, 18 Julai - Klip video tular mengenai kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan awam dan sebuah kereta peronda polis adalah kejadian tahun 2019 dan pesalah telahpun dijatuhkan hukuman.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata, kemalangan itu berlaku pada Jun 2019, di lampu isyarat Jalan Mempisang, ketika kereta peronda polis dari arah Hospital Manjung menghala ke Balai Polis Sitiawan.

Setibanya di lokasi kejadian, kereta peronda polis telah memasang lampu beacon dan siren untuk meminta kenderaan lain memberi laluan sebelum dilanggar dua kenderaan awam.

Siasatan dibuat mengikut Rule 9(2) LN 166/59 kerana tidak memberi keutamaan mengatasi lalu lintas kepada kenderaan polis, bomba dan ambulans yang sedang bergerak dalam kecemasan.

Pihaknya memandang serius terhadap penyebaran sesuatu berita tidak sahih dan orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kebimbangan kepada masyarakat.

(FOTO FAIL)

Media Baharu