fb fb fb fb fb

Isu rakyat jadi fokus utama Sock Tao

ADUN Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Isu setempat menjadi fokus utama ADUN Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao dalam usaha mewujudkan pembangunan komuniti lestari.

Menurut Sock Tao, antara isu yang memerlukan tindakan segera termasuklah isu jalan dan masalah parkir di samping mempertingkatkan kemajuan di Kuala Kubu Baharu.

"Sebagai contoh masalah jalan. Saya akan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan PBT untuk menurap jalan sedia ada.

"Saya yakin melalui kejasama rapat dengan kerajaan negeri dan Persekutuan kita boleh menyelesaikan masalah", kata Sock Tao demikian selepas menjadi tetamu di konti Selangor FM di Angkasapuri di sini.

Dalam pada masa sama, Sock Tao berikrar akan berusaha memberi perkhidmatan terbaik selaku Ahli Dewan Negeri yang baharu dilantik.

"Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah tempatan dan saya akan memberi perkhidmatan terbaik di Kuala kubu Baharu", ujar Sock Tao.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu, Sock Tao yang mewakili Pakatan Harapan (PH) menewaskan tiga pencabarnya iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainuddin mewakili Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Sock Tao memperoleh sebanyak 14,000 undi dengan majoriti 3,869.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD