IPOH, 4 Jun – Kerajaan Negeri Perak masih meneliti isu penjualan vape di negeri berkenaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, menegaskan bahawa kerajaan negeri sedang meneliti pelbagai aspek, termasuk kesihatan awam dan kesan terhadap kelangsungan peniaga dalam industri vape.
Menurut beliau, Exco Kesihatan Negeri, A. Sivanesan, telah diarahkan menjalankan kajian terperinci melibatkan impak jangka panjang terhadap pengguna serta pemain industri.
"Saya pun ada dapat permintaan daripada persatuan peniaga-peniaga vape.Mereka jumpa dengan saya.
"Jadi, ada perkara perlu diperhalusi sebelum kita buat keputusan daripada aspek kesihatan, dan juga kesan kepada peniaga-peniaga vape. Itu semua perlu diambil kira", katanya.
Datuk Seri Saarani berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 dan Blueprint Bandar Pintar Perak 2040 di sini.
Beliau turut berharap kajian berkenaan dapat disegerakan supaya keputusan rasmi mengenai penjualan vape dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.