fb fb fb fb fb

Isu penerbangan lewat: Nanta nafi dakwaan berpihak terhadap AirAsia


(Nanta (kanan) pada pertemuan dan sesi penerangan teknikal dan justifkasi
rentetan isu kelewatan rangkaian penerbangan AirAsia/FOTO FB NANTA)

KUALA LUMPUR, 13 Mei- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan beliau berpihak kepada syarikat penerbangan AirAsia dalam isu kelewatan penerbangan syarikat itu baru-baru ini.

Nanta berkata, beliau dan kementeriannya telah mengambil langkah proaktif apabila menerima aduan daripada pengguna berkaitan isu terbabit.

Katanya, disebabkan aduan dibuat kepada KPDNHEP dan di atas dasar prihatin dan menjaga hal ehwal pengguna, saya telah berhubung dengan syarikat AirAsia bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan masalah yang menimpa pengguna.

Menurutnya, beberapa kenyataan telah dikeluarkan di platform sosial media bagi berkongsi hasil libat urus bersama AirAsia termasuk inti pati pertemuan antara KPDNHEP dengan pengurusan tertinggi AirAsia pada petang Khamis.

"Disebabkan aduan dibuat kepada KPDNHEP dan di atas dasar kementerian ini yang prihatin dan menjaga hal ehwal pengguna, saya telah berhubung dengan syarikat AirAsia bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan masalah yang menimpa pengguna.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memahami isu berkaitan syarikat penerbangan tertakluk di bawah Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat tidak menyebelahi pihak AirAsia, malah beliau sendiri telah mendesak syarikat itu untuk memberi keutamaan kepada kebajikan pengguna yang terjejas dan terkesan.

 


(Pertemuan turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia
Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Riad Asmat,
Ketua Setiausaha KPDNHEP Tuan Azman Mohd Yusof
dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) KPDNHEP
Datin Roszanina Wahab/FOTO FB NANTA)

"Tuduhan yang mengatakan saya memihak kepada AiraAsia adalah tidak wajar dan saya berharap ia dapat dihentikan," katanya.

Nanta berkata, beberapa kenyataan telah dikeluarkan di platform sosial media bagi berkongsi hasil libat urus bersama AirAsia termasuk hasil dan inti pati pertemuan antara KPDNHEP dengan pengurusan tertinggi AirAsia petang Khamis.

Media Baharu