fb fb fb fb fb

Isu penempatan pegawai JAKIM dalam kerajaan, tuduhan tidak berasas

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 3 September- Isu yang dibangkitkan mengenai penempatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di kementerian dan jabatan kerajaan, satu tuduhan tidak berasas serta mencetuskan salah faham.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata demikian, menjawab dakwaan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST).

Beliau menjelaskan, tiada penempatan baharu membabitkan pegawai JAKIM di mana-mana jabatan atau kementerian setakat ini, sebaliknya hanya pegawai agensi sedia ada ditempatkan di beberapa kementerian sejak dahulu dengan fungsi tertentu.

"Ini sebenarnya adalah dasar dari tahun 2006, 2007. Malah, ada dalam kalangan ahli jemaah menteri yang merupakan sebahagian daripada menteri pada waktu itu.

"Maka untuk mengeluarkan tuduhan bahawa pegawai JAKIM ada terlibat dalam isu dasar dalam penempatan kementerian itu terlalu jauh daripada sasaran dan matlamat asal penempatan mereka adalah untuk membantu terutama soal integriti ataupun pengisian kerohanian dalam kementerian-kementerian tersebut, bukan untuk memberi pandangan berkaitan soal dasar," katanya.

Fahmi berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan Kementeriannya di sini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan yang dikeluarkan oleh kumpulan agama berkenaan yang mendakwa kononnya pegawai Jakim akan ditempatkan di setiap jabatan kerajaan bagi memastikan keputusan selari dengan prinsip Islam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI