fb fb fb fb fb

Isu penduduk tipu pindah PPS, polis Kelantan belum terima laporan

Foto BERNAMA

KOTA BHARU, 11 Disember- Polis Kelantan belum menerima laporan berhubung isu penipuan penduduk terjejas banjir yang didakwa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu semata-mata untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata pihaknya akan memulakan siasatan mengenai dakwaan terbabit jika perlu, selain mempunyai asas dakwaan yang kukuh.
 
"Perbincangan lanjut telah dibuat bersama agensi berkaitan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai isu yang dibangkitkan," kata Muhammad Zaki kepada pemberita di sini.

Media sebelum ini melaporkan sebilangan penduduk di Kelantan didakwa sanggup menipu dengan berpindah ke PPS semata-mata untuk mendapatkan bantuan banjir sebanyak RM3,500 yang disediakan kerajaan bagi setiap keluarga sedangkan kediaman mereka tidak terkesan bencana itu.
 
Mengulas lanjut, Muhammad Zaki bagaimanapun tidak menolak kemungkinan wujud kekeliruan berhubung perkara terbabit terutama melibatkan pertindahan pendaftaran mangsa atau sebagainya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM