fb fb fb fb fb

Isu peletakan jawatan pegawai kanan LTAT dipantau Menteri Pertahanan - PM

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Februari- Isu peletakan jawatan pengurusan kanan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sedang dikendalikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara ini akan dilaporkan Mohamed Khaled kepada Jemaah Menteri selepas mendapat penyelesaian.

"(Isu) LTAT sedang dikendali oleh Menteri Pertahanan dan (ia) akan dilapor ke Jemaah Menteri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tun Razak Exchange (TRX) sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia di sini.

Bulan lalu, tiga pegawai kanan pengurusan LTAT dilapor telah meletak jawatan.

Mereka adalah Ketua Eksekutifnya, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman; Pengerusi Jeneral (B), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Pengarah Kanan Strateginya, Dayana Rogayah Omar.

SITI AISHAH MD ISA