fb fb fb fb fb

Isu MB Perlis: Beri ruang SPRM jalankan siasatan - Fahmi

Fahmi Fadzi

KUALA LUMPUR, 30 April- Calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao, bukan proksi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan tuduhan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Afif Bahardin sebagai seksisme dan tidak mengiktiraf calon wanita atas kebolehan mereka.

"Saya rasa Afif tidak mengiktiraf kemampuan wanita sebagai calon pilihan raya.

"Bagaimana Afif boleh mendakwa Sock Tao proksi kepada sesiapa.

"Sock Tao bergerak sendiri. Lihatlah latar belakang beliau.

"Saya berasa malu apabila seseorang seperti Afif mengeluarkan dakwaan tersebut. Apatah lagi beliau seorang doktor. Jadi berfikirlah dengan baik dan hormati Sock Tao," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Rakan Strategik Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di sini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata Program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa diadakan tahun ini bersempena HAWANA 2024.

Ia akan melibatkan pelajar jurusan komunikasi

Program itu akan berlangsung sepanjang tahun dan akan menjelajah ke universiti-universiti terpilih di beberapa buah negeri.

"Objektif program itu adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan siswa mengenai dunia media, selain berkongsi ilmu dan pengalaman daripada pengamal media," kata Fahmi.

Sambutan yang memasuki edisi keempat tahun ini dijadual berlangsung pada 25 hingga 27 Mei ini bertemakan 'Etika Teras Kewartawanan Mapan'.

Sambutan yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak itu dijangka dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Fahmi berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh mengenai isu Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Fahmi yang juga merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata beliau yakin SPRM mengikut proses dan lunas undang-undang dalam siasatan berkenaan.

"Kita minta semua pihak untuk sabar dan berikan ruang kepada SPRM untuk lakukan siasatan dan memberikan kenyataan kemudian.

"Jadi setakat ini yang saya semak dalam laporan berita, baharu ada pengesahan tentang aspek siasatan tersebut.

"Saya belum mendapat apa-apa maklumat tambahan," kata Fahmi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM