fb fb fb fb fb

Isu kalimah Allah: 'Enough is enough'. Hentikanlah polemik ini - Fahmi

Fahmi Fadzil

AMPANG, 4 April- Orang ramai digesa supaya menghentikan segera segala polemik yang mempermainkan isu kalimah Allah SWT.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, setiap lapisan masyarakat harus menjunjung titah yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengenai perkara sama.

"Titah Tuanku itu sangat jelas, mungkin kecuali kepada mereka yang tak nak titah Tuanku itu menjadi jelas. Kita perlu junjung Titah Tuanku terutama dalam kalangan ketua-ketua (pemimpin).

"Saya rasa cukuplah, kita dah nak raya. 'Enough is enough'. Hentikanlah polemik ini. Tuanku telah bertitah bukan sekali (tetapi) dua kali, malah duli-duli Tuanku pun ramai yang telah mengeluarkan titah ataupun menyampaikan titah.

"Jadi bagi saya mengingkari titah ataupun sengaja mentafsirkan dalam cara yang lain, sekarang ini kurang sesuai," katanya.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian kepada pemberita selepas ditanya mengenai tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang masih mengulas mengenai isu stoking yang tertera kalimah Allah.

Pada 27 Mac lalu, Agong bertitah agar semua pihak berhenti mengambil kesempatan ke atas isu tersebut kerana perkara itu sudah dalam proses perundangan.

Titah baginda adalah lebih baik untuk masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian berkenaan dan berusaha untuk mengeratkan lagi perpaduan.

ARTIKEL BERKAITAN
Agong titah hentikan kontroversi stoking kalimah Allah
Agong murka isu kalimah Allah, mahu tindakan keras
Pengasas KK Mart mohon ampun kepada Agong serta umat Islam
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart mengaku tidak bersalah
Selangor panggil pihak KK Mart beri penjelasan isu stoking tertera kalimah Allah
Stoking kalimah Allah: JAKIM panggil pihak KK Supermart, beri amaran keras

SITI AISHAH MD ISA