fb fb fb fb fb

Isu haiwan ternakan berkeliaran, Melaka akan kuat kuasa undang-undang lebih terperinci

Foto Hiasan

AYER KEROH, 3 Ogos - Kerajaan negeri Melaka akan menguat kuasa undang-undang serta mewujudkan garis panduan yang terperinci kepada pemilik haiwan ternakan yang dibiarkan
berkeliaran di negeri itu.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata langkah itu bagi mengelakkan sebarang insiden buruk berlaku melibatkan haiwan kerana kecuaian pemilik.

Pihaknya juga mengharapkan kerjasama daripada semua pemilik agar memastikan haiwan peliharaan masing masing sentiasa terkawal dan tidak membahayakan keselamatan orang ramai.

"Kalau berlaku kemalangan dan sebagainya akan membahayakan kepada pengguna jalan raya juga pada masa yang sama, mereka juga rugi.

Jadi, kita akan adakan kerjasama dengan pihak veterinar untuk kita wujudkan satu garis panduan yang jelas. Kalau sampai ke tahap mereka tidak menuntut haiwan ternakan itu, undang-undang sedia memang tertulis untuk boleh kita kenakan kompaun atau kita lelong," kata Rais dalam Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Ke-15 di Dewan Undangan Negeri, di sini.


(Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan
Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin)

Dalam pada itu, pihaknya bersama Jabatan Perhilitan melaksanakan Program Basmi Musuh Tanaman dengan kos berjumlah RM1.9 juta bagi menyediakan 316 perangkap haiwan liar pelbagai jenis.

Media Baharu