fb fb fb fb fb

Isu gangguan perkhidmatan dalam talian perbankan, BNM arah cari punca

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 26 Jun - Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan institusi perbankan yang terlibat isu kekerapan gangguan perkhidmatan dalam talian supaya menentukan punca utama perkara itu berlaku.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata pihaknya seterusnya mahu pihak terlibat menetapkan langkah pembetulan dan pencegahan yang sesuai bagi mengelakkan isu sama berulang.

"Siasatan dan tindakan pembetulan juga telah dipantau rapi oleh BNM. Selepas insiden tersebut didapati tiada insiden perkhidmatan bank yang berlaku untuk tempoh panjang yang boleh menjejaskan akses perkhidmatan kepada pelanggan.

"Lanjutan daripada insiden tersebut BNM sedang menilai hasil siastan  terperinci keatas punca utama dan impak gangguan yang akan mengambil tindakan susulan sewajarnya seperti diperuntuk bawah akta," kata Lim Hui Ying.

Tambahnya, pihak bank juga telah diarahkan untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang terjejas termasuk menjawab segera sebarang aduan dan pertanyaan yang disebabkan gangguan tersebut.

Beliau menjawab soalan dikemukakan wakil Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengenai pandangan kerajaan terhadap isu kekerapan gangguan perkhidmatan dalam talian daripada institusi perbankan serta kesediaan kerajaan untuk mengenakan penalti susulan pretasi perkhidmatan perbankan yang kerap tergendala hingga menyusahkan para pengguna.

TETITIA YUSOFF