fb fb fb fb fb

Isu diskriminasi minyak sawit negara, EU perlu perinci peraturan larangan

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Isu diskriminasi Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak sawit yang dikeluarkan Malaysia, turut menjadi tumpuan di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, negara tidak perlu merayu terhadap keputusan itu memandangkan 'Delegated Act' di bawah RED II menyasarkan biofuel berasaskan minyak sawit.

"Jadi, saya percaya kalau kita libatkan nanti, semua produk-produk sawit kita ini apabila dia terima MSPO ini, ia akan menjadi sebahagian daripada pra syarat untuk sesiapa yang nak eksport. Sekarang ini yg boleh eksport adalah mereka yang ada RSPO terutama ladang-ladang besar," kata Datuk Seri Johari di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukakan wakil Seputeh, Teresa Kok.

Walaupun isu kemampanan sumber berkenaan tidak disentuh, namun EU perlu menyelaras peraturan mereka sebelum mengharamkan minyak sawit sebagai biofuel menjelang 2030.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM