KUALA SELANGOR, 8 Januari- Kerajaan Selangor sedia bertemu dengan wakil penduduk dan pengurusan Ladang Mary di Kuala Selangor bagi membantu menyelesaikan pelbagai masalah termasuk isu berkaitan jalan dan banjir.
R. Ananthan yang merupakan wakil Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan negeri V. Papparaidu berkata perbincangan yang dijadual berlangsung Februari depan diharap dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi penduduk kawasan itu sejak 20 tahun lepas termasuk jalan daif sejauh 18 kilometer (km), perumahan uzur serta masalah perparitan dan banjir lumpur.
Pertemuan itu dijadual berlangsung di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang turut disertai Ahli Dewan Negeri Permatang, Nurul Syazwani Noh.
"Kita berharap sebagai kerajaan negeri kita tidak akan membiarkan masalah ini akan berterusan membelenggu rakyat dan akan sedaya upaya membawa aspirasi kerajaan negeri serta membawa Menteri Besar untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin dalam masa yang terdekat,"katanya.
Ananthan terdahulu menghadiri sesi dialog bersama lebih 50 penduduk selama lebih satu jam yang turut disertai Nurul Syazwani, jawatankuasa penduduk dan wakil ladang di Ladang Mary, Kuala Selangor,