KUALA LUMPUR, 18 Disember- Tuaian padi hujung tahun oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mula meredakan bekalan beras putih tempatan kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Bagaimnaapun bekalan bera tempatan masih belum pulih sepenuhnya disebabkan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna dan berikutan kenaikan harga beras import.
"Masih ada gangguan tetapi semakin reda. Sekarang kita sedang berusaha untuk mencukupkan bekalan, yang baru ini dalam proses pengilangan.
"JADI bekalan beras yang kita perlukan masih kurang iaitu kira-kira 35 peratus. Seperti yang saya katakan tadi beras tempatan menjadi rebutan pengguna berikutan kenaikan harga beras import," katanya selepas menyempurnakan Lawatan Kerja ke Kebun Komuniti AU2 Taman Keramat.
Sementara itu Mohamad Sabu turut menekankan berkenaan penggunaan kawasan lapang yang sesuai bagi menggalakkan penduduk di bandar-bandar besar terlibat dalam usaha keterjaminan makanan, dengan berbakti kepada tanah melalui Program Kebun Komuniti (Kebuniti).
Melalui Kebuniti, ia tidak hanya tertumpu kepada padi malah termasuk 150 jenis tanaman seperti ulam-ulaman dan buah-buahan.
Setakat ini ia diusahakan oleh komuniti setempat melibatkan 30 penyertaan.
Mohamad Sabu turut berkesempatan melaksanakan aktiviti penuaian, membanting dan menumbuk padi sempena Program Lestari Alam Sekitar di Kebuniti tersebut.