KUALA LUMPUR, 30 Jun- Usaha kerajaan dalam menyelesaikan isu bekalan air dianggap wajar dan tepat pada masanya.
Orang awam yang ditemui rata-rata menyokong tindakan kerajaan yang mengetepikan perbezaan politik dan disifatkan lebih mengutamakan kebajikan rakyat.
"Sewajarnyalah kita menyelesaikan permasalahan yang ada dan kami menyokong padu sokongannya (kerajaan). Kami juga menantikan Disember ini kenaikan bagi penjawat awam. Insya-Allah," kata orang awam, Fikri Razib.
"Inisiatif agak bagus sebab sanggup mengeluarkan jumlah yang besar untuk menangani isu yang memang bagi saya agak serius di Malaysia. Kalau orang kata itu untuk mengambil hati..saya rasa, apa salahnya sebab memang nak membantu kita untuk menangani isu yang agak serius sekarang ini. Saya rasa tak ada isulah nak ambik hati siapa-siapa. Memang oklah inisiatif itu," kata orang awam, Muhammad Azrasy Mohd Azhar.
"Kita sebagai rakyat mesti yakin dengan pemerintah yang ada sekarang untuk menyelesaikan isu berbangkit sekarang ini terutamanya bekalan air. Harap kalau ada masalah cepat-cepat selesaikan," kata orang awam, Mohd Azhar Che mat.
"Tindakan yang dibuat kerajaan itu betul dan semoga dipercepatkan lagi di seluruh negeri," kata orang awam, Nur Azwenas Syakirin.
"Isu air ini dapat diselesaikanlah secepat mungkin, kalau ada mana-mana tempat yang terganggu itukan," kata orang awam, Jamal Bakhtiar.