Isu 3 kampung Indonesia jadi wilayah Malaysia, NRES diarah beri penjelasan

Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi

PUTRAJAYA, 23 JanuariKerajaan mengarahkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk mengambil tindakan lanjut berhubung dakwaan isu tiga kampung di wilayah Indonesia yang dikatakan termasuk dalam wilayah Malaysia.

Menteri Komunikasi, merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata isu tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau menjelaskan, perkara itu melibatkan aspek teknikal sempadan dan pengukuran.

Jelasnya, JUPEM dan NRES diminta menyusuli dengan kenyataan rasmi

“Memandangkan ia ada menyentuh isu Jabatan Ukur dan Pementaan Malaysia ataupun JUPEN, maka pihak NRES telah diminta untuk susuli dengan kenyataan yang lebih penuh.

“Jadi untuk rakan-rakan media, nantikan laporan penuh pihak NRES, mungkin pada hari ini ataupun paling lewat hari Isnin,” katanya demikian pada sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini.

Tambahnya, isu berkenaan melibatkan siri perbincangan antara Malaysia dan Indonesia serta melalui proses yang panjang.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa tidak semua perkara yang dilaporkan adalah tepat dan semua pihak diminta menunggu kenyataan rasmi daripada NRES bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu berkenaan.