fb fb fb fb fb

Istiqomah baca dan hayati Al-Quran

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee/Foto Fail Bernama

PUTRAJAYA, 24 Mac - Budaya membaca Al-Quran dan menghayatinya perlu diteruskan meskipun Ramadan berlalu bagi meraih ganjaran pahala berpanjangan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, membaca Al-Quran ia dapat mengingatkan umat Islam tentang kebesaran Allah SWT dan mengajar kewajipan sentiasa mensyukuri nikmatNya..

"Khatam Al-Quran itu tidak bererti kita berhenti membacanya. Pembacaan dan pembudayaan menghayati Al-Quran itu perlu diteruskan. Majlis hari ni pun mengingatkan kita tentang rakan-rakan kita di bumi Palestin," kata Sirajuddin.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Perdana JAKIM tahun ini, di sini.

Bertemakan warna kuning, hampir 300 warga JAKIM daripada 24 bahagian telah terlibat dalam program itu sepanjang bulan yang mulia ini.

TETITIA YUSOFF