fb fb fb fb fb

Istiadat perkahwinan puteri Sultan Pahang berlangsung 3 hari

Foto Pasar Teja

KUANTAN, 21 Ogos- Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangan, FD Idzham FD Iskandar dijadual berlangsung selama tiga hari.

Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, Istiadat Akad Nikah pasangan pengantin diraja itu diadakan di Istana Abdulaziz esok (22 Ogos) manakala Istiadat Berinai akan diadakan pada Jumaat ini (23 Ogos).

Istiadat Bersanding pula akan diadakan pada Ahad ini (25 Ogos) dan ia disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Tasik KotaSAS.

Pelbagai acara menarik akan diadakan di Dataran MBK dan Tasik KotaSAS sepanjang istiadat perkahwinan itu berlangsung.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM