fb fb fb fb fb

Isteri bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, meninggal dunia

MELAKA, 18 Ogos - Isteri kepada bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob iaitu Toh Puan Zurina Kassim meninggal dunia di rumahnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.10 pagi tadi.

Menurut sumber Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada pukul 3.30 petang manakala pengebumian pula akan disempurnakan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini selepas Solat Asar.

(Allahyarhamah Toh Puan Zurina Kassim)

Allahyarhamah Zurina, 78, yang dilahirkan di Duyong dekat sini pada 13 Julai 1944, mendirikan rumah tangga dengan Mohd Khalil pada 28 Februari 1965 dan dikurniakan tiga orang anak.

Media Baharu