Istana Arau kembali anjur Istana Terbuka Aidilfitri

Masyarakat berbilang kaum memeriahkan sambutan Aidilfitri di Istana Arau, Perlis/ RTM

ARAU, 21 Mac – Selepas enam tahun tidak dilaksanakan, Istana Terbuka sempena Aidilfitri kembali dilaksanakan di Dataran Majlis, Istana Arau, di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program membolehkan orang ramai, termasuk jemaah Solat Sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat, meraikan Aidilfitri bersama Duli-Duli Tuanku.
  • Lebih 7,000 masyarakat berbilang kaum memeriahkan sambutan dengan menikmati pelbagai juadah yang dihidangkan.
  • Pengunjung beramah mesra dengan Raja Perlis, Raja Perempuan, Raja Muda dan menerima sumbangan duit raya.

Program bermula pukul 9.30 pagi hingga 12 tengahari berkenaan membolehkan orang ramai khususnya yang menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat serta masyarakat setempat serta perantau meraikan Aidilfitri bersama Duli-Duli Tuanku.

Lebih 7,000 masyarakat berbilang kaum memeriahkan sambutan Aidilfitri di Istana Arau dengan menikmati pelbagai juadah yang disajikan.

Bersempena majlis itu, pengunjung yang hadir dapat beramah mesra dengan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin bersama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda.

Selain menikmati juadah yang disajikan kepada tetamu yang hadir, setiap tetamu turut menerima sumbangan duit raya.