fb fb fb fb fb

Islam seru kasih sayang, bukan kekerasan– Menteri Agama

Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 17 Mac- Umat Islam dinasihat untuk mengamalkan sikap sabar, berfikiran terbuka dan menyelesaikan perbezaan dengan hikmah serta menggunakan saluran yang betul.

Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyeru umat Islam supaya mengawal emosi dan menjaga hubungan sesama manusia di bulan mulia ini.

Na'im turut menegaskan kepentingan tabayyun (menyelidik sebelum bertindak) dalam menjaga keharmonian masyarakat.

Beliau kesal insiden seorang pemuda bukan Islam ditampar kerana makan pada bulan Ramadan kerana tidak mencerminkan ajaran Islam sebenar.

Menerusi catatan Facebook itu, Nai'im turut berkongsi sebuah hadis yang membawa maksud setiap tindakan tergesa-gesa tanpa menyelidik akan menimbulkan kesilapan.

Beliau menyeru seluruh muslim untuk membina masyarakat harmoni, berakhlak mulia dan penuh nilai kasih sayang, selaras ajaran Islam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE