KUALA LUMPUR, 5 Januari- Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) perlu melihat kepentingan meningkatkan mutu penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa bermula sekarang.
Bagaimanapun dalam masa sama, penggunaan Bahasa Melayu turut perlu diutamakan dalam pengajaran dan pembelajaran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, mengambil contoh Indonesia dan Thailand, walaupun negara berkenaan dilihat serius mengutamakan penggunaan bahasa ibunda masing-masing, namun penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan anak muda mereka di universiti tempatan, jauh lebih baik berbanding Malaysia.
"Jadi jangan kita jadinya menjerit soal bahasa, kemudian fobia bila kita sebut penguasaan Bahasa Melayu, ada juga golongan yang agak elit, dia fobia bila sebut ini.
"Dalam bidang pendidikan terutama bidang pendidikan tinggi kebanyakan univesiti dunia menekankan penguasaan lebih daripada satu bahasa, jadi ini antara benda yang penting,"katanya.
Beliau berucap pada program perasmian Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.