fb fb fb fb fb

IPPTAR perkukuh peranan pusat latihan media

Dewan Cendekiawan di IPPTAR

KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) terus memperkukuh peranan sebagai pusat latihan utama, dengan menawarkan pelbagai kursus untuk meningkatkan keupayaan pengamal media dan komuniti umum.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, sebanyak 80 kursus dirancang tahun ini dengan sasaran 1,500 peserta. Setakat 31 Julai lalu, 57 kursus berjaya dilaksanakan melibatkan 4,384 peserta.

“Seiring perkembangan teknologi, IPPTAR memberi tumpuan kepada bidang Kecerdasan Buatan (AI) dengan merancang 22 kursus tahun ini. Sehingga kini, 16 kursus AI telah dilaksanakan melibatkan 814 peserta,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Media Tamil Malaysia 2025 di ibu negara.

Selain itu, IPPTAR turut memperluas akses latihan kepada pengamal media Tamil melalui program khusus seperti Bengkel Asas Berlakon pada 3 hingga 7 Mac lalu. Ia melibatkan 30 peserta daripada komuniti India. Kursus Kreativiti dan Inovasi dalam Membina Kandungan Media Tamil turut dilaksana pada 14 hingga 16 Mei lalu, yang disertai 18 peserta media Tamil.

TUN JULIA MOHD TAHIR