fb fb fb fb fb

Insiden serangan balai polis, PDRM tingkat kawalan keselamatan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (tiga, kanan) diiringi Ketua Polis Johor, CP M. Kumar (dua, kiri), meninjau lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram / Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 17 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan kawalan keselamatan di semua balai polis di Johor susulan insiden serangan ahli Jemaah Islamiah (JI) di Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata kawalan keselamatan turut akan dipertingkatkan di kawasan melibatkan individu berprofil tinggi termasuk kawasan istana.

"Kawalan di balai kita akan pertingkatkan, bukan itu sahaja, kita akan maklumkan kepada Menteri Besar dan istana. Itu tanggungjawab kami, di balai kita tingkatkan rondaan dan anggota di balai akan dilebihkan, mana yang pencahayaan kurang, kita akan cuba dapatkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau lokasi kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, di sini.

Tambah Razarudin, susulan kejadian serangan itu polis kini sedang giat mencari 20 ahli JI yang disyaki berada di sekitar Ulu Tiram.

ARTIKEL BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN