fb fb fb fb fb

Insiden serang Balai Polis U.Tiram: Agong zahir takziah

Foto facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 17 Mei- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis yang terbunuh dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram pada awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di facebook, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa dukacita terhadap pemergian dua anggota polis yang terkorban ketika sedang bertugas iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said.

"Al-Fatihah buat dua wira negara yang terkorban dalam tragedi ini.

"Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Baginda.

Dalam kejadian 2.45 pagi tadi, dua anggota polis disahkan maut, manakala seorang cedera dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.

Suspek yang menembak dan menetak tiga anggota polis dipercayai ahli Jemaah Islamiyah (JI).

ROSLINA BINTI DIN