fb fb fb fb fb

Insiden Putra Heights: Siasatan masih giat dijalankan

Foto BERNAMA

PUTRA HEIGHTS, 9 April- Siasatan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights kini memasuki hari kesembilan dan masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

Tinjauan RTM mendapati seramai 120 anggota polis ditugaskan secara 24 jam bagi tujuan kawalan keselamatan di kawasan terjejas.

Sementara itu, sebanyak 270 daripada 437 kediaman yang terkesan telah disahkan selamat untuk diduduki.

Para pengamal media juga masih setia berkampung di pekarangan pos kawalan berhampiran lokasi kejadian.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM