KUALA LUMPUR, 13 Mei - Sebatang pokok dilaporkan tumbang di Jalan Pinang dan menghempap tiga buah kenderaan, lima buah motosikal dan sebuah kenderaan PDRM yang bertindak sebagai konvoi "Lead Car" Ketua Menteri Melaka
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan hari ini, kejadian berkenaan berlaku pada pukul 3.26 petang.
Rusdi turut memaklumkan, tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut.
Kejadian pokok tumbang itu turut hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka.
Bagaimanapun, keadaan beliau dan kenderaan yang dinaiki jenis Lexus 350 dilaporkan dalam keadaan selamat.
Terdahulu, kejadian berkenaan tular di laman sosial yang memaparkan pokok tumbang sebelum menghempap beberapa kenderaan.