fb fb fb fb fb

Insiden pokok tumbang, kerajaan ambil langkah proaktif elak kejadian berulang

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 Julai-Tiga pendekatan proaktif diambil kerajaan dalam memastikan tiada insiden berulang pokok tumbang di sekitar Ibu Negara.

Ia termasuk pemeriksaan pokok melalui penilaian visual, visual tree assessment (VTA), dan penilaian terhadap struktur pokok menggunakan peralatan khas.

Menteri Di jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaannya berkesan. 

"Penilaian dan pemeriksaan pokok bagi tahap satu ini dilaksanakan bagi setiap 10 bulan bagi setiap pusingan. Manakala bagi tahap dua dan tiga,ia dilaksanakan di lokasi yang mempunyai sejarah kegagalan pokok dan mempunyai bilangan pokok yang berisiko tinggi", katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahya.

Dewan turut diberitahu, sistem e-pokok yang dibangunkan DBKL sejak 2019 telah merekodkan sebanyak 236,551 pokok.

Sementara itu, Dr Zaliha memaklumkan matlamat utama penubuhan Tabung Dana Amanah Kawasan Hijau adalah untuk menggalakkkan kerjasama awam-swasta selain meningkatkan penyertaan masyarakat dalam meningkatkan kualiti landskap negara disamping mengekalkan peratusan kawasan hijau di Kuala Lumpur mengikut Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040

"Jadi, sekiranya ia berjaya, usaha untuk kita meningkatkan kawasan hijau atau lapang di Kuala Lumpur berdasarkan formula yang kita guna iaitu 20 meter persegi per penduduk selaras dengan aspirasi Pelan struktur KL 2040 mungkin akan dapat dicapai dalam jangkamasa lebih awal", katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Hisamudin Yahya

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD