fb fb fb fb fb

Insiden perahu karam, mayat kedua ditemukan

Mayat kedua insiden perahu karam di Kampung Selampit, Lundu, Sarawak ditemukan pada pukul 5.30 petang tadi.

LUNDU, 20 Ogos- Mayat kedua insiden perahu karam di Kampung Selampit, Lundu, Sarawak ditemukan pada pukul 5.30 petang tadi.

Mayat, Helena Fasha Petrus, 17 tahun yang masih lengkap berpakaian sekolah itu ditemukan terapung pada kedudukan satu kilometer menghala ke hilir sungai.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata mayat mangsa berada dalam keadaan sempurna.

Mayat dihantar ke Hospital Lundu untuk tindakan lanjut.

Susulan itu, pihaknya bersama agensi lain meneruskan operasi pencarian bagi mengesan mangsa terakhir, iaitu Alsma Jitwil, 14 tahun.

Terdahulu, mayat pertama, Vilkie Wilson, 15 tahun ditemukan terapung pada kedudukan 100 meter dari tebing sungai.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM