Insentif Tabung Pendidikan Baleh bantu anak pedalaman

Antara pelajar yang menerima manfaat Tabung Pendidikan Baleh – Foto RTM

BALEH, 13 Mac – Harapan dan impian anak-anak Baleh melanjutkan pelajaran direalisasikan menerusi inisiatif Tabung Pendidikan Baleh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tabung diwujudkan untuk meringankan beban keluarga dan memberi dorongan kepada pelajar dari kawasan Baleh.
  • Pendidikan dianggap asas kukuh untuk membentuk masa depan generasi muda, terutama komuniti pedalaman.
  • Bantuan tabung bukan sekadar kewangan tetapi simbol sokongan dan keyakinan terhadap potensi pelajar Baleh.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong merangkap Pengerusi Tabung Pendidikan Baleh berkata, tabung berkenaan diwujudkan bagi membantu meringankan beban keluarga selain memberi dorongan kepada pelajar dari kawasan Baleh.

Dalam satu kenyataan, beliau menegaskan pendidikan merupakan asas paling kukuh dalam membentuk masa depan generasi muda, khususnya bagi komuniti di kawasan pedalaman.

“Setiap bantuan yang disalurkan melalui tabung ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu simbol sokongan dan keyakinan kita terhadap potensi anak-anak Baleh, ” ujar beliau dalam Majlis Penyerahan Insentif Pendidikan Tabung Pendidikan Baleh 2025.

Tambahnya, kejayaan generasi muda kelak diharap dapat kembali menyumbang kepada pembangunan komuniti serta masa depan kawasan Baleh.

Tabung Pendidikan Baleh bertujuan membantu pelajar dari kawasan Baleh menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.