fb fb fb fb fb

Inisiatif pendidikan percuma Diploma Kejururawatan, lepasan SPM perlu rebut peluang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

KUCHING, 3 Jun - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang berkemampuan disaran merebut peluang melanjutkan pelajaran secara percuma dalam bidang kejururawatan yang ditawar beberapa institusi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata penglibatan mereka dalam bidang berkenaan mampu memperkukuh keperluan sektor penjagaan kesihatan negara.

"Kami kini menyediakan mereka bukan sahaja latihan fizikal, tetapi juga teori, kami mahu memberikan mereka diploma. Itulah sebabnya kami memerlukan lebih ramai orang untuk bersama kami," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Kolej i-System Sarawak, di sini.

Tambah Nancy, inisiatif pendidikan percuma program Diploma Kejururawatan yang ditawar beberapa institusi termasuk Kolej i-System mendapat tajaan beberapa hospital swasta di Malaysia.

Beliau berkata, ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya golongan sasar terutama penghuni Anjung Sinar Yayasan Kebajikan Negara bagi menjamin peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN