Inisiatif pelabuhan ke pelabuhan sokong penyeragaman harga barangan

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR, 3 Mac -Sebanyak RM67 juta diperuntukkan pada tahun ini bagi pelaksanaan subsidi penyeragaman harga barangan di Sabah dan Sarawak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif pelabuhan ke pelabuhan menampung kos penghantaran barangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.
  • RM250 juta diperuntukkan untuk pengedaran barangan perlu ke 1,570 kawasan pedalaman dengan point of sale.
  • Pengangkut perlu melalui proses tender untuk subsidi; syarikat pengangkutan dicadangkan sebagai operator Program Jualan Rahmah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata,subsidi berkenaan dilaksana menerusi inisiatif pelabuhan ke pelabuhan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Inisiatif itu sekali gus bertujuan menampung kos penghantaran barangan.

Katanya, kerajaan turut memperuntukkan RM250 jutabagi program pengedaran barangan perlu ke kawasan pedalaman, untuk tahun ini.

“Kawasan pendalaman ini telah dikenal pasti sebanyak 1,570 kawasan yang memerlukan satu point of sale, di mana 1,480 daripadanya berada di Sabah dan Sarawak.

“Jadi, bajet sebanyak RM205 juta diberikan kepada pengangkut (transporters) yang perlu melalui proses tender untuk mendapatkan subsidi bagi membawa barangan keperluan asas ke kawasan pendalaman sehingga ke point of sale,” kayanya di Dewan Rakyat.

Tambah beliau, satu kajian terhadap Program Pengedaran Barang Perlu akan dilaksanakan dalam Rolling Plan Kedua (RP2) bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi menilai keperluan menambah pusat jualan serta memperluas liputan pengedaran barangan asas.

Dalam pada itu, Datuk Dr Fuziah memaklumkan, kementerian turut mencadangkan agar syarikat pengangkutan yang terlibat dalam pengedaran barangan ke kawasan pedalaman dipertimbangkan sebagai operator Program Jualan Rahmah.