fb fb fb fb fb

Inisiatif Kampung Angkat MADANI dilaksana demi keselesaan penduduk setempat

200 Kampung Angkat Madani akan diwujudkan / Foto BERNAMA

KANGAR, 31 Julai - Inisiatif Kampung Angkat MADANI sebahagian daripada usaha menjana peluang ekonomi baharu khususnya kepada penduduk desa.
 
Ia akan digerakkan secara bersepadu melibatkan pelbagai kementerian dan agensi berserta badan korporat, syarikat swasta dan komuniti.
 
Sebanyak 200 Kampung Angkat Madani akan diwujudkan di seluruh negara berbanding 43 Kampung Angkat MADANI ketika ini.

Insiatif ini menyentuh denyut nadi rakyat bagi melengkapi keperluan asas infrastruktur di setiap kampung terpilih.

"Saya amat menyokong dengan apa yang Perdana Menteri umum sebab ia akan mendapat manfaat untuk orang kampung", kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Mohd Anuar Che Lah.

"Inisiatif Kampung Angkat MADANI yang Perdana Menteri umumkan supaya dapat membantu penduduk serta tingkatkan ekonomi kampung," kata Pengerusi JPKKP Kampung Guar Ujung Batu, Mohd Akabar Budin.

"Kita harap penduduk setempat dapat manfaat daripada inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri seperti wifi percuma dan baik pulih jalan kampung", kata Pengerusi JPKKP Kampung Binjal, Yusaidi Mustafa.

Inisiatif Kampung Angkat MADANI dilaksanakan bagi menaik taraf infrastruktur dan kemudahan asas demi keselesaan penduduk setempat .

HASRON BIN HASSAN