fb fb fb fb fb

Inisiatif hijau, pemain industri digalak guna barangan kitar semula

JASIN, 27 Jun- Kerajaan negeri Melaka menggalakkan pemain industri menggunakan barangan kitar semula dalam penghasilan produk keluaran mereka.

Menurut Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin, inisiatif itu boleh diselaraskan dengan kerjasama Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.

"Jadi yang terbaharu untuk "Sustainable Development Goals (SDG)" negeri Melaka, YAB telah mengumumkan bahawa Perbadanan Teknologi Hijau Melaka ini akan menjadi peneraju utama untuk semua inisiatif hijau di Melaka," kata Rais kepada pemberita dalam satu sidang media, di sini.

Beliau ditemui media pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Botol Recyle PeT (RPeT) diantara syarikat Kewpie Malaysia dengan Horoyuki Industres dan Canzo di Melaka Halal Hub Serkam, di sini.

Tambahnya, rakyat harus bersama-sama dalam menjayakan inisiatif itu sekali gus dapat memupuk kesedaran bersama dalam mensejahterakan negeri bersejarah itu.


(Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin ditemui pemberita
pada Majlis Menandatangani MoU Projek RPeT diantara syarikat Kewpie Malaysia dengan Horoyuki Industres dan Canzo di Melaka Halal Hub Serkam)

Media Baharu