fb fb fb fb fb

Inisiatif berkaitan MyDigital ID akan diumum pada suku pertama 2025

Gobind Singh Deo

PETALING JAYA, 26 Oktober- Kementerian Digital akan mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan MyDigital ID pada suku pertama 2025.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, ketika ini pelbagai usaha sedang dijalankan bagi mempertingkatkan penggunaanya.

"Kita berharap boleh meyakinkan lagi rakyat untuk menggunakan tetingkap ini sebagai aplikasi untuk mereka mendapat akses kepada perkhidmatan digital kerajaan.

"Jadi kita dapat bergerak ke depan dan berharap semua perkhidmatan yang disediakan di setiap kementerian dapat disatukan bawah satu platform," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Sentuhan Kasih anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di sini.

Antara usaha tersebut termasuk penyelarasan maklumat bagi memastikan ia dapat diakses menerusi satu perkhidmatan.

MyDigital ID merupakan satu inisiatif kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian.

Selain itu kewujudannya dilihat akan membantu keselamatan dan kecekapan urusan dalam talian.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI