fb fb fb fb fb

Ingkar SOP: 55 individu sertai parti liar dikompaun


KUALA LUMPUR, 9 Januari
- Seramai 55 individu yang menyertai parti liar di sebuah premis di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur dikompaun semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor memaklumkan, polis mengeluarkan kompaun RM1,000 seorang kepada semua pengunjung serta pemilik premis hiburan itu.

Ujarnya lagi, polis turut menahan dua individu dipercayai penganjur dan penjaga premis serta 33 pengunjung warga asing berusia antara 18 hingga 56 tahun dalam serbuan pada pukul 10.50 malam itu.

Ketika serbuan dilakukan, pelanggan premis dengan kapasiti yang ramai sedang berhibur sambil menikmati minuman keras hingga tiada penjarakkan fizikal.

Keseluruhan kompaun bernilai RM56,000 dan kesemua tangkapan dibawa balik ke IPD Brickfields untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Media Baharu