KUALA LUMPUR, 23 Februari- Inflasi Malaysia kekal rendah pada 1.5 peratus Januari lepas, kadar sama sejak November 2023.
Mata indeks dicatatkan pada 131.4 mata berbanding 129.5 mata tempoh sama tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia berikutan peningkatan perlahan terutamanya dalam segmen restoran dan perkhidmatan penginapan, penjagaan diri, perlindungan sosial serta pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Sementara itu, inflasi teras meningkat lebih perlahan kepada 1.8 peratus, melepasi kadar inflasi keseluruhan.
"Ini didorong kumpulan restoran dan perkhidmatan penginapan, selain makanan dan minuman yang masing-masing mencatat 3.2 peratus dan 2.9 peratus pada Januari 2024.
"Berbanding negara-negara terpilih lain, inflasi di negara ini lebih rendah dari Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Zon Eropah dan Indonesia.
"Namun, kadar itu lebih tinggi berbanding Thailand dan China," menurut kenyataan itu.