fb fb fb fb fb

Industri takaful tawar percepat proses tuntutan mangsa pokok tumbang

Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail/Foto Facebook DBKL

KUALA LUMPUR, 8 Mei- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan seluruh industri takaful menawarkan untuk mempercepat proses tuntutan mangsa yang terlibat dalam tragedi pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MTA Mohd Radzuan Mohamed dalam satu kenyataan berkata, mereka yang terlibat dalam insiden tersebut diminta mengambil langkah segera.

"Kami menggesa mereka yang terlibat dalam insiden itu agar mengambil langkah segera termasuk mengumpul maklumat berkaitan seperti gambar kejadian, imej kenderaan atau sebarang bukti serta mendapatkan rawatan perubatan di hospital dengan menggunakan perlindungan kesihatan Takaful jika ada.

"...dan juga memaklumkan pengendali Takaful yang berkaitan mengenai tuntutan bagi kematian, kecederaan atau kerosakan harta benda seperti kenderaan," katanya.

Insiden kira-kira pukul 2.00 petang itu menyaksikan seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala dua lagi cedera apabila sebatang pokok besar tumbang dan menghempap 17 kenderaan lain serta merosakkan landasan monorel di Jalan Sultan Ismail di sini.

Mohd Radzuan berkata untuk mendapatkan bantuan dan mempercepat proses tuntutan bagi kenderaan rosak, individu terjejas boleh menghubungi pengendali Takaful masing-masing seperti Etiqa General Takaful Berhad di talian 1-800-88-6491; Takaful Ikhlas General Berhad (1-800-88-1186); Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (1-800-888-788) dan Zurich Takaful Malaysia Berhad (1-300-88-5566 atau 03-7989 0345).

Bagi takaful perubatan dan kesihatan, berikut adalah talian utama bagi 15 pengendali: AIA Public Takaful Berhad (1-300-88-8922 atau e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.); AmMetLife Takaful Berhad (1-300-88-8800 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.); Etiqa Family Takaful Berhad (1-300-13-8888 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.); FWD Takaful Berhad (1-300-13-7988 atau hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.); Great Eastern Takaful Berhad (1-300-13-8338 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

Talian lain Hong Leong MSIG Takaful Berhad (03-76501800 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.); Prudential BSN Takaful Berhad (1-300-8888-622 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.); Syarikat Takaful Berhad Malaysia Keluarga Berhad 1-30-825-2385); Takaful Ikhlas Family Berhad (03-2723 9696 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.); Sun Life Malaysia Takaful Berhad (1-300-88-5055 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.);

Juga Zurich General Takaful Malaysia (1-300-888-622 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.); Malaysia Re (03-2096 8000 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.); Munich Re Retakaful (1-300-888-622); Swiss Re Retakaful (03-2118 3800) dan Malaysia Life Reinsurance Group (03-2780 6611 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

Untuk maklumat terkini dan bantuan, sila layari laman sesawang MTA di www.takaful4all.org atau laman rasmi Facebook dan Instagram di bawah 'Persatuan Takaful Malaysia.'

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI