fb fb fb fb fb

Industri reka bentuk litar bersepadu perlu dibangunkan, galak penyertaan belia tempatan

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Phison, Datuk Pua Khein Seng

KUALA LUMPUR, 22 April- Malaysia perlu membangunkan industri reka bentuk litar bersepadu.

Usaha itu perlu bagi memberi keyakinan dan membantu belia tempatan membina syarikat pemula dalam sektor tersebut.

Anak kelahiran Malaysia, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Phison yang berpangkalan di Taiwan, Datuk Pua Khein Seng berkata, Malaysia mempunyai bakat berkualiti, tetapi perlu menyakinkan mereka bahawa industri reka bentuk litar bersepadu di Malaysia mempunyai potensi yang tinggi.

"Secara jujur, Malaysia mempunyai banyak bakat tetapi kebanyakan mereka tidak bekerja di Malaysia. Mereka bekerja untuk syarikat multinasional.

"Bila saya mendapat maklumat berkenaan KL20, saya datang untuk membina teknologi permulaan dan melatih mereka", katanya kepada RTM.

Tambah pencipta pemacu kilat USB itu, sidang kemuncak KL20 akan menjadi platform yang bagus untuk Malaysia meneroka dalam industri reka bentuk litar bersepadu.

ROSLINA BINTI DIN