fb fb fb fb fb

Industri pembinaan semakin berkembang - Nanta Linggi

Tenaga profesional teknikal terutamanya dalam bidang ukur bahan diperlukan oleh industri pembinaan yang semakin berkembang.

KUALA LUMPUR, 23 Januari- Tenaga profesional teknikal terutamanya dalam bidang ukur bahan diperlukan oleh industri pembinaan yang semakin berkembang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata juruukur bahan mempunyai tugas penting, selain terlibat dalam pengurusan kewangan serta kontrak binaan dari peringkat awal sehingga penyelesaian akaun akhir.

"Sejak ditubuhkan 50 tahun lalu, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) mempunyai lebih 5,000 ahli berdaftar, menjadikannya sebagai salah satu profesion yang semakin berkembang," katanya ketika berucap di Majlis Konvensyen Antarabangsa Ukur Bahan 2023/2024 dan Sambutan Ulang Tahun ke-50 LJBM di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Dalam majlis itu, Nanta Linggi turut menyampaikan enam anugerah kepada individu serta kumpulan kerja bagi menghargai sumbangan dan kejayaan dalam bidang ukur bahan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM