KLANG, 10 Mei- Tiga teknologi akan diguna dalam industri kelapa sawit bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing dalam industri tersebut.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata teknologi tersebut membabitkan mekanisasi, automasi dan digitalisasi ('mechanising, automating and digitalisation').
Penggunaan tersebut dilihat lebih efektif dan berkesan.
"Macam Sime Darby ini, dia telah 'invest' (melabur) banyak teknologi-teknologi yang melibatkan 'makenissation' (pembuatan), itu bagus.
"Jadi lagi tinggi kita meningkatkan 'makenissation' ini, lagi kurang kita punya tenaga buruh dalam 'platation' (perladangan) kita.
"Kemudian kita meningkatkan kita punya teknologi dan kita menggunakan kurang tenaga buruh asing dan cuma apabila yang melibatkan sektor 3D (kotor, sukar, bahaya) saja, kita akan guna mereka," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja ke tapak Sime Darby Plantation Berhad di Pulau Carey, di sini.
Perdana Menteri meluangkan masa hampir dua jam melawat tapak kilang Sime Darby yang dimulakan dengan taklimat khas oleh pengurusan tertinggi syarikat itu.
Selain diberi penerangan mengenai penggunaan mesin-mesin terkini termasuk penggunaan sektor 3D dalam industri terbabit.
Dalam masa sama Perdana Menteri turut menekankan penting adanya pemula industri bagi memperkenalkan teknologi tersebut sebelum ia dipasarkan kepada pemain-pemain industri.